'Lawan tetap lawan'
Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee, sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi presiden yang disandangnya.
Biarpun berdepan saingan dua calon lain, Kim Swee menegaskan setiap calon mempunyai peluang sama rata menjelang kongres tahunan PJBM pada 28 November ini.
Selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan November 2023, Kim Swee kali ini berdepan cabaran berbeza apabila terpaksa mempertahankan kerusi presiden dalam pertandingan tiga penjuru.
Kedudukannya selaku penyandang jawatan bakal dicabar dua bekas pemain kebangsaan, Datuk Richard Scully dan Azlan Johar.
Situasi ini menjadikan kongres tahunan kali ini lebih menarik apabila buat pertama kali sejak mengambil alih kepimpinan PJBM tiga tahun lalu, kim swee perlu berdepan persaingan bagi mengekalkan mandat sebagai presiden.
"Apa yang menarik kali ini sebelum ini PJBM tidak mendapat sambutan, tetapi kali ini banyak jawatan yang dipertandingkan termasuk jawatan Presiden.
"Ini menunjukkan PJBM mendapat sambutan, sesiapa pun jadi Presiden program harus dilakukan. PJBM bukan dapat sumber kewangan besar, tetapi daripada keahlian untuk lakukan sesuatu.
"Dengan ada persatuan, dapat membela jurulatih yang ada masalah. Pengesahan itu yang kami terima (saingan tiga pejuru). Sesiapa yang menang perlu lakukan lebih baik." katanya.