EURO 2024
Watkins mampu buat Brazil merana, kata Douglas Luiz
Pemain tengah Aston Villa, Douglas Luiz,memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Brazil bahawa mereka akan berdepan salah seorang penyerang terbaik sekiranya Ollie Watkins dipertaruhkan untuk mengetuai jentera serangan untuk England, awal pagi esok.
Brazil menentang England di Wembley dalam satu perlawanan persahabatan sebagai persediaan menjelang Euro 2024 dan Copa America yang akan bermula pada musim panas ini.
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berdepan kebimbangan mengenai kecergasan kapten pasukan, Harry Kane, yang mengalami masalah buku lali dan mungkin tidak dapat diturunkan untuk menggempur skuad Selecao.
Iklan
Jika Kane tidak muncul maka Southgate mungkin beralih kepada Watkins selepas kempen domestik memberangsangkan bersama dan penyerang itu sudah menyumbat 22 gol musim ini.
Ia meletakkan Villa dalam pemburuan tiket Liga Juara-Juara dan membawa mereka ke suku akhir Liga Persidangan Europa, maka tidak hairanlah kelibat Watkins menarik perhatian Luiz.
“Ya saya tahu kualiti yang dia ada. Saya tahu dia seorang penyerang yang luar biasa,” kata Luiz kepada Sky Sports.
23 #ThreeLions players are out at training this morning, with @HKane and @JHenderson continuing to work indoors. pic.twitter.com/xlFZ5toGep— England (@England) March 22, 2024
"Dia tidak memainkan peranan yang sama seperti saya. Jaringan saya adalah hasil daripada kerja keras setiap musim.
“Dia seorang penyerang yang banyak mengejutkan saya berdasarkan penyudahnya selain kemampuannya membantu kami bertahan.
“Bagi saya, dia antara penyerang terbaik masa ini.”
Must-Watch Video