Skip to main content

Sukan Lain

Tokyo 2020: Pelayar bersiap hadapi Taufan Nepartak

pelayaran.jpg
Pelayar negara sudah bersedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk bersaing dalam cuaca ekstrem ketika membuka saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok. 

Berdasarkan laporan kaji cuaca tempatan, Taufan Nepartak dijangka melanda venue pelayaran yang terletak di Pulau Enoshima.

"Saya teruja untuk berlumba esok kerana sudah mengharungi latihan di sini (untuk menyesuaikan diri). 

"Jadi saya cuma bersedia sambil taufan dijangkakan akan melanda bermula esok hingga Selasa ini. 

"Saya perlu sedia menghadapi angin kencang dan ombak setinggi 1.5 meter. 

"Kalau pertandingan diteruskan (dalam cuaca sebegitu), saya perlu hadapinya angin sekuat 30 knot," kata Shazrin Latif yang akan bertanding dalam laser radial wanita. 




Menurutnya lagi: "Saya pernah menghadapi situasi ini dalam kejohanan siri dunia di Jepun juga. 

"Di Malaysia jarang sekali berlaku jadi sukar untuk mengawal bot, ia sangat mencabar.

"Pasukan Eropah dan Autralia mempunyai kelebihan kerana sudah biasa dengan keadaan seperti ini."

Advertisement

Must Watch Video