OLIMPIK TOKYO
Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar
Cabaran pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir selepas tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki sebentar tadi.
Pemanah berpengalaman Khairul Anuar, sebelum ini menampilkan aksi cemerlang menempah slot ke pusingan 16 apabila mengatasi wakil Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng.
Bertemu atlet pilihan kelima kejohanan, Kim Woo-jin, yang telah memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki, menjadi halangan buat Khairul Anuar dalam merebut slot ke suku akhir.
Iklan
Bagaimanapun, Woo-jin membuktikan kemampuannya dalam pertembungan dengan wakil negara apabila memastikan kemenangan dalam tiga set dengan keputusan 6-0.
Di sebalik panahan yang cemerlang ditampilkan Khairul Anuar, 'perfect 10' daripada Woo-jin menjadi pemisah antara kedua-dua atlet sekaligus menyaksikan cabaran Malaysia terhenti dalam pusingan 16.
#Archery | 31 JulaiSet terakhir di penyingkiran 1/8 Recurve Individu Lelaki tadi. Khairul Anuar tewas 0-6 di tangan Kim Woo-jin ?? yang berjaya membuat perfect 10 di semua set. Anda telah buat yang terbaik, Khairul! ?? #Tokyo2020 #KitaJagaKita #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/pSarpu4z89— Team Malaysia (@TeamMsia) July 31, 2021
Must-Watch Video