Kontinjen Malaysia mempamerkan keunikan tersendiri menerusi busana yang menggabungkan elemen nostalgia dan segar dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik tanpa kehadiran penonton, sebentar tadi.
Pasangan badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying, sebagai pembawa Jalur Gemilang, mengetuai kontinjen 30 atlet dan 13 pegawai itu muncul negara ke-177 diperkenalkan di pentas sukan tertinggi dunia berkenaan.
Kontinjen Malaysia mempamerkan keunikan tersendiri menerusi busana yang menggabungkan elemen nostalgia dan segar dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, sebentar tadi.
Pakaian kontinjen negara itu diinspirasikan pemakaian Hang Tuah dalam segi penggayaan dan suntikan elemen segar dengan menerapkan corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas.
Tatacara pemakaian temasya kali ini adalah lengkap bertanjak, baju sikap dan lengkap bersamping sebagai lambang kejituan rasa cinta kepada Malaysia dan baju kebangsaan.
Identiti Malaysia yang kaya dengan budaya tersendiri pula dicerminkan dalam persalinan wanita pula yang lengkap berdokoh dan berselendang hasil sentuhan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam.