Skip to main content

Sukan Lain

Tokyo 2020: Khairulnizam, Nur Shahzrin perlu kerja lebih keras

khairulnizam.jpg
Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, mengakui silap percaturan dalam perlumbaan ketiga yang menyebabkannya kedudukannya tergelincir ketika menyambung perjuangannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini. 

Khairulnizam, yang sekadar menduduki tangga ke-26 dalam perlumbaan pertama semalam, bangkit mengatur strategi baru untuk perlumbaan kedua -- yang bermula pada pukul 12 tengahari waktu tempatan -- di samping dengan 34 lagi pelayar menghadapi angin bertiup kencang di Pelabuhan Enoshima yang mencecah suhu 32 darjah celcius.

Usahanya berhasil apabila mendaki tangga ke-23 selepas aksi kedua dalam lapan perlumbaan, tetapi kesilapan percaturan dalam aksi seterusnya menyebabkan dia terpaksa berputih mata untuk turun ke tempat ke-27.

"Saya silap percaturan, angin ke kanan dan saya pula ke kiri.

"Lebih kurang 10-15 bot potong saya, ia kesilapan sendiri. Jadi saya perlu tingkatkan lagi prestasi esok kerana sudah tahu keadaan angin," katanya. 






Situasi sama juga dilalui Nur Shahzrin Latif bagi acara laser radial wanita dalam perlumbaan ketiga yang menyaksikannya terperosok di kedudukan ke 30.

Bagaimanapun, pelayar dari Johor itu kembali mengatur strategi untuk mendaki ke kedudukan ke-14 dalam perlumbaan keempat untuk menghuni tempat ke-17 keseluruhan.

Hanya 10 terbaik sahaja yang akan layak ke acara penentuan pingat yang dijadual Ahad ini. 

"Kalau persembahan saya tekal maka saya berpeluang ke final. 

"Perlumbaan pertama hari ini agak teruk kemudian barulah OK. 

"Saya harap lebih tekal dalam baki perlumbaan. Lagipun kebanyakan pelayar juga tidak mempamerkan prestasi tekal jadi saya perlu kekal untuk tempat teratas, " katanya pula. 

 

Advertisement

Must Watch Video