Juara pecut berbasikal trek Sukan Olimpik Tokyo 2020, Harrie Lavreysen, tidak menganggap dirinya memiliki kelebihan sambil tidak memandang mudah kelicikan pelumba Malaysia.
Juara dunia 2019 itu mengetepikan rakan senegara, Jeffrey Hoogland, dalam aksi final pecut di Velodrom Izu, Jepun, hari ini.
Namun, dia tidak mahu memperkecilkan keupayaan pelumba negara yang ditunjangi Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom, ketika beralih ke keirin, esok.
"Pelumba Malaysia sentiasa agak rumit kerana mampu memberikan kejutan.
"Saya perlu mendapatkan rehat selain lihat keadaan pencabar yang lain dan bersiap untuk menghadapi hari baru.
"Saya tidak terlalu memikirkan berkenaan medal dan hanya melihat perlumbaan demi perlumbaan," katanya.
Ia berdasarkan keputusan Kejohanan Dunia di Berlin di mana Azizul meraih gangsa acara itu.
Apatah lagi, sesetengah daripada mereka kesuntukan masa untuk mengumpul semula tenaga sejak beraksi kelmarin.
Sementara itu, pelumba Great Britain, Jason Kenny, beranggapan dia bukanlah pilihan untuk memanjat podium tetapi sedia mengintai kejutan.
"Sukar untuk menang. Kami akan lihat apa yang boleh dilakukan sekiranya ia membuahkan hasil," kata juara bertahan itu.

GOLD! OLYMPIC CHAMPION SPRINT! ?#tokyo2020 https://t.co/lkcd78pTtB pic.twitter.com/ND7gsvz0Dc
— Harrie Lavreysen (@HarrieLavreysen) August 6, 2021
Ia berdasarkan keputusan Kejohanan Dunia di Berlin di mana Azizul meraih gangsa acara itu.
Apatah lagi, sesetengah daripada mereka kesuntukan masa untuk mengumpul semula tenaga sejak beraksi kelmarin.
Sementara itu, pelumba Great Britain, Jason Kenny, beranggapan dia bukanlah pilihan untuk memanjat podium tetapi sedia mengintai kejutan.
"Sukar untuk menang. Kami akan lihat apa yang boleh dilakukan sekiranya ia membuahkan hasil," kata juara bertahan itu.
Jijoe, Shah and Kelly, all the best in Malaysia's final events at #Tokyo2020! #GanbatteMalaysia #SokongMalaysia pic.twitter.com/9QrorSrvnu
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) August 6, 2021