Skip to main content

Sukan Lain

Tokyo 2020: Dhabitah lega daripada migrain, enggan fikir banyak

nur-dhabitah.jpg
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, meredakan kebimbangan kem terjun negara apabila mengesahkan dirinya bebas daripada masalah kesihatan menjelang acara 3 meter papan anjal individu wanita, Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Semalam saya menghadapi migrain, mungkin cuaca panas di sini. 

"Di Malaysia pun saya pernah kena beberapa kali, sudah beberapa bulan ia tidak menyerang. 

"Keadaan saya tidak apa-apa. Tenang sahaja," katanya di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. 



 

Dhabitah akan bersaing dalam 3m papan anjal individu wanita 10m platform individu meraih tempat kesembilan sementara 3m papan anjal seirama di tempat kelima dalam edisi di Rio, Brazil, lima tahun lalu.

Dia juga pasti mahu menebus kegagalannya menepati jangkaan ke final dalam Piala Dunia FINA, Mei lalu.

"Sudah pasti saya mahu membuat catatan baik dalam dua pusingan awal untuk ke final. 

"Sudah tentu semua atlet mahukan medal tapi apabila sudah datang ke sini, tapi sekarang saya tidak mahu terlalu banyak berfikir dan hanya ingin bertanding dengan melakukan rutin latihan." 



 

Advertisement

Must Watch Video