Skip to main content

Bola Sepak

Pickford tegaskan balas dendam bukan motivasi England hadapi Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan-pickford.jpg
Jordan Pickford akui bakal berdepan perlawanan sukar menentang Itali dalam pusingan kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu ini.

Penjaga gol Everton itu pernah beraksi ketika Itali menewaskan England menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir Euro 2020 di Wembley.

Pickford direhatkan daripada perlawanan persahabatan menewaskan Australia 1-0 pada Jumaat lalu tetapi dijangka akan kembali untuk saingan menghadapi Azzurri -- di mana kemenangan dalam perlawanan itu dapat memastikan pasukan Gareth Southgate berkenaan mendapat tempat ke pusingan akhir di Jerman tahun depan.

Sejak dikecewakan dalam Euro 2020, England bertemu Itali sebanyak dua kali dalam Liga Negara-Negara Eropah dan menang 2-1 pada perlawanan pusingan kelayakan di Naples sebelum ini.

Kini, dengan terdapat peluang untuk mendapatkan satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa -- bukan untuk membalas dendam terhadap kekecewaan dua tahun lalu -- ia merupakan pemacu motivasi pasukannya menjelang perlawanan itu.

"Kita tahu di mana kedudukan kami dalam ranking dunia dan kami tahu di mana kami mahu berada. Untuk melakukan itu, Itali adalah pasukan yang perlu kami tewaskan," katanya.

"Saya tidak rasakan perlawanan ini ada kaitan dengan membalas dendam. Kami ke Itali untuk mencipta sejarah, setelah bertahun-tahun tidak dapat menewaskan mereka di laman sendiri.

"Ini adalah perlawanan yang cukup sukar. Mereka mempunyai pengurus yang baru, bermain dengan baik dalam waktu rehat antarabangsa terakhir dan kami tahu mereka adalah pasukan terhebat.

"Ini semua tentang kelayakan ke Jerman dan ia adalah satu lagi cabaran yang perlu kami lalui. Kami ke sana untuk mengejar kemenangan," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video