Perancis mencatatkan kemenangan penting 4-1 ke atas Wales dalam perlawanan kedua Kumpulan D dalam Euro Wanita 2025 di Stadium Kybunpark, sekali gus menghampiri slot ke suku akhir.
Perancis tidak menunggu lama apabila Mateo menyambut sepakan penjuru dengan voli kaki kanan yang terus menerjah gawang Wales yang meletakkan Les Bleus 1-0 di hadapan.
Wales mengejutkan Perancis lima minit kemudian apabila Jess Fishlock menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan rendah dari luar kotak penalti.
Gol ini menjadi bersejarah bukan sahaja yang pertama buat Wales dalam kejohanan besar, tetapi juga menjadikan Fishlock penjaring tertua Euro Wanita pada usia 38 tahun.
Perancis kembali mendahului sebelum rehat selepas Clara Mateo dijatuhkan dalam kotak penalti. Kadidiatou Diani tidak mensia-siakan peluang dan menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang untuk kedudukan 2-1.
Separuh masa kedua bermula dengan tekanan tinggi. Kesilapan penjaga gol Wales, Safia Middleton-Patel, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Majri yang menjaringkan gol ketiga Perancis.
Hantaran lintang Diani dari sebelah kanan disambut kemas oleh Geyoro untuk menjadikan keputusan muktamad 4-1.
Kemenangan ini menyaksikan Perancis kekal di puncak Kumpulan D dengan enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut.
England dan Belanda masing-masing mengumpul tiga mata, manakala Wales masih tanpa sebarang mata.
Dengan hanya satu perlawanan berbaki, Perancis kini berada di ambang untuk mara ke suku akhir, sementara peluang Wales hampir tertutup sepenuhnya.