Tokyo merekodkan kes positif COVID-19 harian melebihi angka 3,000 buat kali pertama hari ini, kurang seminggu selepas Sukan Olimpik Tokyo membuka tirai.
Kerajaan Metropolitan Tokyo merekodkan 3,177 kes COVID-19 hari ini, rekod tertinggi yang dicatatkan hanya 24 jam selepas merekodkan 2,848 kes semalam -- juga rekod tertinggi.
Ibu negara Jepun itu masih berada dalam keadaan darurat pada ketika temasya berkenaan dianjurkan dan hari ini genap lima hari penganjuran Sukan Olimpik 2020.
Tambahan enam lagi kes positif berkaitan Sukan Olimpik diumumkan pihak penganjur hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 169 kes.
Jurucakap Tokyo 2020, Masa Takaya, berkata dalam sidang media: "Sebagai warga bandar ini dan pihak penganjur temasya ini, hati saya terluka melihat kes semakin meningkat."
Rabu lalu, sewaktu acara bola sepak dan Sofbol membuka tirai temasya berkenaan, Tokyo hanya merekodkan 1,359 kes COVID-19.