Skip to main content

Bola Sepak

EURO: Hajat besar Virgil Van Dijk bawa kecemerlangan Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

virgil-van-dijk.jpg
Belanda mengakhiri persiapan ke EURO 2024 dengan cemerlang apabila menamatkan aksi akhir perlawanan persahabatan berdepan Iceland dengan pesta gol 4-0.

Sudah pasti perhatian tertumpu kepada kapten pasukan, Virgil van Dijk, yang bermain di posisi pertahanan Belanda tetapi dengan dua gol dalam dua perlawanan terakhir membuktikan mengapa dia merupakan pemain yang berharga buat negaranya.


 



Pemain berusia 32 tahun ini menunjukkan dominasi sebagai pertahanan yang juga mampu menjaringkan gol apabila menjadi pemain gantian yang meledak gol keempat Belanda ketika berdepan Kanada pada Khamis lalu, dan sekali lagi menemui sasarannya berdepan ketika Iceland, semalam. 

Dengan jumlah keseluruhan sembilan gol untuk negaranya dalam 68 kaps, prestasi ini mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan meningkatkan harapan apabila dia mengetuai negaranya dalam kejohanan ini


 

Dalam interview bersama UEFA TV, Van Dijk menyatakan bahawa kini di minda nya hanya lah untuk memenangi perlawanan dan mencuba untuk pergi sejauh yang mungkin dalam persiapannya untuk membuat penampilan pertama di Euro bersama Belanda selepas terlepas beraksi dalam edisi lalu akibat kecederaan lutut.

The Oranje kini telah memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka - termasuk tiga perlawanan terakhir di tempat sendiri dengan kemenangan 4-0. 

Belanda berada dalam kumpulan D bersama Poland, Austria dan France dan akan membuka aksi pertama Euro 2024 mereka berdepan Poland terlebih dahulu pada 15 Jun ini. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video