Belanda terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata bersama Perancis dalam aksi kedua Kumpulan D selepas terikat 1-1 berdepan cabaran Belanda di Arena Red Bull, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan Perancis dan Belanda terikat tanpa jaringan walaupun Perancis mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan beberapa percubaan merbahaya menguji penjaga gawang Belanda, Bart Verbruggen.
Dalam separuh masa kedua, peluang terbaik Perancis hadir pada minit ke-64 melalui Antoine Griezman tetapi bintang Atletico Madrid itu tidak berjaya menyempurnakan peluang terbuka itu dalam kotak penalti.
Fought like lions. ?#NothingLikeOranje #NEDFRA pic.twitter.com/shh5JuuxUD
— OnsOranje (@OnsOranje) June 21, 2024
Kemasukan penjaring terbanyak Perancis, Olivier Giroud, bagi memperkuatkan jentera serangan turut tidak membuahkan hasil dan memberikan kelebihan buat Anak buah Didier Deschamps.
Keadaan menjadi hangat selepas Xavi Simon berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-70 buat Belanda, tetapi apabila pengadil perlawanan menyemak Video Bantuan Pengadil (VAR) pengadil mendakwa Denzel Dumfries berada dalam posisi ofsaid dan menafikan jaringan itu.
Sekurang-kurangnya 15 percubaan yang berjaya dihasilkan oleh Perancis tidak berjaya disudahkan untuk membawa Perancis melangkah ke pusingan kalah mati.
?? Griezmann ?#EURO2024 | #NEDFRA pic.twitter.com/6x5ukwY6FZ
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 21, 2024
Dengan sekadar meraih keputusan seri, Perancis dan Belanda berkongsi empat mata dalam saingan Kumpulan D selepas dua perlawanan. Manakala, Austria berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata dan berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Untuk rekod, perlawanan Belanda menetang Perancis merupakan aksi pertama di EURO tanpa sebarang jaringan terhasil sejak kali terakhir ketika England menentang Scotland di peringkat kumpulan dalam saingan EURO 2020.