UEFA bersiap sedia untuk saat bersejarah dalam Euro 2024 apabila badan pentadbir Eropah itu mendedahkan rancangan mereka untuk menyiarkan keputusan VAR di skrin stadium di Jerman.
Bulan lalu, UEFA mengumumkan bahawa panggilan pengadil akan dijelaskan dengan terperinci kepada kapten pasukan, yang sepatutnya menjadi satu-satunya pemain yang bercakap dengan pengadil.
Mana-mana rakan sepasukan yang mengabaikan peranan kapten dan mendekati pengadil dengan menunjukkan tanda tidak hormat atau bantahan akan menerima kad kuning.
UEFA juga mengesahkan satu lagi inisiatif pengadilan untuk kejohanan yang akan datang itu. Para pengadil akan menjelaskan keputusan kepada penonton melalui skrin stadium sepanjang Jun dan Julai ini.
"Ini adalah sesuatu yang baru. Saya rasa ini sangat, sangat menarik," kata pengarah pengadilan UEFA, Roberto Rosetti.
Jerman akan membuka kejohanan Euro 2024 mereka dalam perlawanan pembukaan menentang Scotland di Munich pada hari Jumaat.
Azreena Faizal
Thu Jun 13 2024