Lantas bintang Three Lions itu menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam EURO 2024.
Penyerang Bayern Munich itu kembali mengetuai negaranya dalam pasukan yang dibentuk Gareth Southgate tersebut menjelang perlawanan menentang Serbia, awal pagi esok.
Setelah dikecewakan Itali dalam perlawanan akhir edisi 2020 serta terkandas dalam separuh akhir Piala Dunia kepada Croatia pada 2018, Kane meratapi kemarau trofinya, baik di peringkat antarabangsa mahupun kelab.
Kane mengakui kelemahannya sendiri sambil kapten England itu menyasar melakar kejayaan di Jerman.
"Saya gemar mewakili negara saya," katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Heading over to Gelsenkirchen with Harry Kane and Gareth Southgate to talk about our #EURO2024 opener against Serbia! ?️ https://t.co/D6QP5q8Djf
— England (@England) June 15, 2024
“Ia begitu bermakna apabila setiap kali saya melangkah keluar ke padang dengan memakai jersi ini.
"Untuk memenangi kejohanan besar bersama England akan menjadi kemuncak kerjaya kepada sesiapa sahaja. Itulah matlamatnya.
“Walaupun secara peribadinya kejayaan menjulang trofi masih belum memihak saya, ia sebaliknya membuatkan saya lebih berazam dan lebih dahagakan kejayaan untuk mencapainya.
"Ia akan bermula dengan musim panas ini, kami mempunyai peluang yang baik. Kami perlu bekerja keras tetapi peluang itu ada dan saya tidak sabar untuk menjayakannya."