Hal ini kerana, pembantu Juliann Nagelsmann berang dengan keputusan wasit tersebut yang tidak memberikan sepakan penalti susulan bola yang terkena tangan pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella.
Perlawanan tersebut menyaksikan skuad La Roja berjaya memenangi aksi suku akhir itu menewaskan pasukan Jerman menerusi jaringan pemain gantian, Dani Olmo dan Mikel Merino.
Anthony Taylor heard being 'loudly INSULTED' in his dressing room by Julian Nagelsmann's assistant after handball controversy in Spain's win over Germany - a year on from Jose Mourinho cornering the referee in a car park https://t.co/hNCENyWLL6
— Mail Sport (@MailSport) July 6, 2024
Menurut akhbar Jerman Bild, pembantu ketua jurulatih, Sandro Wagner, menyerbu masuk bilik persalinan pengadil untuk melemparkan amarah dan rasa tidak puas hati dengan pendekatan yang diambil oleh pengadil tersebut yang tidak memberikan kelebihan buat pasukannya.
Terdahulu, pengadil berusia 45 tahun itu juga menerima kecaman daripada pengendali berpengalaman, Jose Mourinho, yang turut mempertikaikan keputusannya ketika perlawanan akhir Liga Eropah (UEL) di antara AS Roma dan Sevilla.