Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Dalic akui Croatia dihambat isu 'kuda tua'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dalic.jpg
Croatia di ambang penyingkiran awal EURO 2024 dan Zlatko Dalic mengakui mereka sedang berdepan isu skuad yang semakin berumur dan masalah di bahagian pertahanan.

Pasukan asuhannya itu harus mengatasi Itali untuk melepaskan diri daripada Kumpulan B selepas sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Albania diikuti kekalahan 0-3 kepada Sepanyol dalam dua perlawanan awal. 

Croatia tidak pernah gagal untuk mencetak kemenangan besar dalam kejohanan besar sejak Piala Dunia 2006 sambil masalah benteng dianggap Dalic tetap menjadi isu utama.

Mereka telah dibolosi lima gol dalam dua perlawanan setakat ini berbanding enam gol dalam EURO 2004 dan Piala Dunia, 10 tahun kemudian.

"Kami tidak bermula dengan baik," kata ketua jurulatih itu kepada pemberita.

 


“Kami tidak mencapai standard biasa kerana kami telah melepaskan terlalu banyak gol.

“Kami hanya bolos sekali di peringkat kumpulan di Qatar 2022, kami telah bolos lima jaringan setakat ini di sini.

"Pemain lebih tua tiga tahun. Kami juga akan menentang lawan yang kuat di sini juga. Mungkin isu utamanya ialah kali ini kami mula kerap melepaskan gol."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video