Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Toni Kroos umum 'pencen' wakili Jerman

toni-kroos.jpg
Toni Kroos memutuskan untuk bersara di peringkat antarabangsa sebaik penyingkiran Jerman kepada England dalam Euro 2020 dengan menyatakan: "Saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada matlamat saya bersama Real Madrid."

Bintang tengah itu mengumumkan keputusannya itu di Instagram sambil meluahkan kekecewaannya berikutan gagal menamatkan karier antarabangsanya di tahap tertinggi.

Tulis Kroos: "Saya pernah beraksi sebanyak 106 kali untuk Jerman. Tiada lagi kesempatan lain. 

"Saya sangat berharap dan sekali lagi telah mengerahkan segala kudrat dalam109 perlawanan dengan harapan dapat menambah Kejuaraan Eropah sebagai imbuhan terakhir. 

"Saya sebenarnya sudah pun bertekad bersara selepas kejohanan ini. Sekian lama saya telah jelaskan bahawa saya tidak akan tampil dalam Piala Dunia 2022 di Qatar. Selain itu, saya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada matlamat saya bersama Real Madrid untuk beberapa tahun akan datang.

"Di samping itu, mulai sekarang saya mahu berehat sejak menjadi tonggak kebangsaan sepanjang 11 tahun. Lebih-lebih lagi sebagai suami dan ayah, saya juga ingin berada di samping isteri dan tiga anak saya.

"Ia adalah satu penghormatan yang besar buat saya kerana dapat menyarung jersi ini sejak sekian lama. Saya melakukannya dengan rasa bangga dan semangat."





Kroos, 31, telah membantu skuad Jerman sejak berusia 20 tahun lagi dengan membuat penampilan pertama di bawah kendalian Joachim Low dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina sejurus sebelum Piala Dunia 2010.

Dia antara bintang Die Mannschaft dalam kejayaan Piala Dunia 2014 ternasuk menyumbangkan 17 gol sepanjang kariernya untuk gergasi Eropah itu. 

Keputusannya untuk tidak lagi mewakili pasukan kebangsaan menyusuli langkah Low yang juga telah lama berkhidmat tatkala bekas pengurus Bayern Munich, Hansi Flick, bakal mengambil alih tugas itu selepas ini. 

Kroos terhutang budi kepada bekas ketua jurulatih itu atas setiap langkah kerjayanya di peringkat antarabangsa.

"Terima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang membawa dan menyokong saya dengan tepukan dan sorakan mereka. Dan terima kasih kepada semua pengkritik atas motivasi tambahan mereka," tulisnya.

"Pada akhirnya, saya ingin berterima kasih banyak kepada Jogi Low. Dia menjadikan saya seorang pemain kebangsaan dan juara dunia. Dia mempercayai saya. Sudah lama kami menulis kisah kejayaan ini bersama-sama. Semoga maju jaya buat Hansi Flick."




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video