Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Sarung jersi England kini miliki makna tersendiri -- Walker

walker.jpg
Kyle Walker percaya skuad semasa England telah meletakkan kembali makna menyarung jersi The Three Lions.

Pertahanan kanan itu menikmati prestasi cemerlang dengan membantu England mara ke final kejohanan utama dalam tempoh 55 tahun ketika bakal bertemu Itali awal pagi Isnin ini.

Tetapi dia yakin generasi sekarang Gareth Southgate telah menetapkan piawaian untuk tahun-tahun akan datang.

Walker berkata, "Saya berasaakan apabila anda menyarung jersi England amat bermakna sekarang. 

"Saya telah mendengar banyak orang membicarakan bagaimana England tidak memenangi perlawanan kalah mati, England tidak memenangi penentuan penalti, England tidak mendapat ini, England tidak memperolehnya.

"Kumpulan pemain-pemain ini -- dengan pengurus dan staf pelatih -- kami terus menjatuhkan mereka dan kami telah menetapkan aras baru buat anak-anak muda masa depan yang akan dilalui.

"Inilah yang diinginkan dan diharapkan oleh negara daripada kami."

Bekas rakan sepasukan Walker di Tottenham, Harry Kane, menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan, menyumbat bola rebound, selepas sepakan penaltinya ditepis Kasper Schmeichel.

Pemain berusia 31 tahun itu mendedahkan dia sudah menjangkakan Kane akan gagal menyempurnakan sepakan tersebut, tetapi memiliki perancangannya untuk menyumbat rebound itu gagal menjadi realiti.

"Saya seperti dapat berasakan Kane akan gagal menyempurnakan sepakan tersebut jadi saya bersiap sedia untuk memastikan bola itu masuk ke gawang. Tetapi saya berasa lega kerana dia memastikan kemenangan buat England."
 

Advertisement

Must Watch Video