Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Gol kemenangan Kane bawa England ke final

england.jpg
ENGLAND 2 DENMARK 1
(Selepas masa tambahan)

England mara ke final Kejohanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah apabila gol Harry Kane dalam masa tambahan memastikan kemenangan 2-1 ke atas Denmark di Stadium Wembley awal pagi tadi.

The Three Liones tewas kedua-dua penampilan mereka dalam separuh akhir Kejohanan Eropah sebelum ini -- kepada Yugoslavia pada 1968 dan Jerman pada 1996 -- tetapi Kane menolak masuk gol kemenangan itu biarpun sepakan penalti awalnya diselamatkan penjaga gol, Kasper Schmeichel, pada minit ke-104.

Mikkel Damsgaard  meletakkan Denmark di depan selepas setengah jam perlawanan menerusi sepakan percuma gemilangnya sebelum lawan kendalian Gareth Southgate itu menyamakan kedudukan , di mana Simon Kjaer terjaring bola ke gawang sendiri susulan tekanan yang diberikan Raheem Sterling.

England gagal menemui gol kemenangan dalam tempoh 90 minit tetapi Kane memahat nama selaku penjaring dalam kemenangan bersejarah itu untuk pasukannya kini mencongak perhitungan dengan skuad bimbingan Roberto Mancini, Itali, dalam perlawanan akhir di venue sama awal pagi Isnin ini.

 

Advertisement

Must Watch Video