Harry Maguire melaungkan keyakinannya bahawa kem England tidak akan mudah berpuas hati biarpun telah menamatkan penantian selama 25 tahun untuk ke separuh akhir Kejohanan Eropah.
Pasukan Three Lions itu membelasah Ukraine 4-0 dalam perlawanan suku akhir di Stadio Olimpico awal pagi tadi untuk mengesahkan pertemuan dengan Denmark di Stadium Wembley awal pagi Khamis ini.
England tewas dalam penampilan separuh akhir terakhir mereka dalam kejohanan itu kepada Jerman menerusi sepakan penalti pada 1996 selain turut disingkirkan Croatia di peringkat sama Piala Dunia 2018.
Selepas turut terlibat sewaktu dikecewakan Croatia dalam masa tambahan tiga tahun lalu, Maguire bertekad untuk menebus kehampaan itu dengan menewaskan Denmark.
"Ia perasaan yang hebat. Untuk layak ke separuh akhir dua kejohanan utama berturut-turut merupakan satu pencapaian yang hebat," kata Maguire, yang menjaringkan gol kedua England ke atas Ukraine, kepada BBC Sports.
"Saya bukannya mahu menyekat kegembiraan ini. Kami masih ada beberapa perlawanan penting yang sedang menanti. Kami mahu melangkah lebih jauh kali ini berbanding dalam Piala Dunia lalu.
"Ia perasaan yang hebat buat kami dan dengan cara ia dicapai menunjukkan peningkatan yang kami sedang lakukan. Semoga peningkatan ini akan kekal lama.
"Amat sukar untuk meraikannya apabila anda mempunyai perlawanan besar yang lain sedang menanti dan anda tahu siapa lawan anda dan bila perlawanan itu.
"Terdapat suasana yang hebat dalam bilik persalinan tetapi kami akan bangun pagi esok dan kembali fokus. Pasukan ini tidak akan berpuas hati dengan separuh akhir, kami mahu melangkah lebih jauh," katanya.