Kasper Schmeichel mahu memastikan Denmark bukanlah skuad kerdil sambil mempersoalkan kredibiliti yang dimiliki England dalam pertembungan separuh akhir Euro 2020, awal pagi esok.
Penjaga gol Denmark itu sedar The Three Lions memiliki kelebihan memandangkan bakal mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
Laungan 'it's coming home' -- simbolik kepada peranan besar England menjadikan bola sepak sebagai satu industri -- semakin berkumandang di jalanan menuju ke Stadium Wembley yang menjadi gelanggang perhitungan mereka kelak.
Tetapi baginya, ia tidak semestinya membuatkan mereka berasa kerdil apabila menjadikan kejayaan mereka dalam edisi 1992 sebagai sumber inspirasi.
"Pernahkah kejayaan pulang (ke England)? Saya tidak tahu, pernahkah anda menjuarainya?
"Bukankah kejayaan mereka dulu adalah dalam Piala Dunia?
"Sejujurnya, saya tidak banyak memikirkan apakah maknanya menyekat kemaraan England berbanding nasib kami sendiri.
"Saya hanya memberi sedikit fokus terhadap pasukan kebangsaan England. Ia tidak begitu beerti kepada saya.
"Sebaliknya saya memikirkan tentang makna kejayaan ini di negara saya. Ia akan membawa kegembiraan kepada sebuah negara yang terdiri daripada 5.5 juta penduduk tetapi mampu bersaing di tahap ini.
"Saya tidak banyak memikirkan soal England ketika ini."