Denmark berharap untuk memadam sumpahan suku akhir mereka ketika bertemu Republik Czech, yang mengatasi mereka dalam peringkat sama pada Euro 2004.
Sejak memenangi Euro 92, Denmark hanya mara ke peringkat suku akhir dua kali dalam kejohanan utama, tewas 3-2 kepada Brazil dalam Piala Dunia 1998 kemudian 3-0 kepada Republik Czech enam tahun kemudian.
The Danes berpeluang memadam kekecewaan lama itu apabila sekali lagi bertemu lawan yang sama awal pagi esok, selepas menjadi pasukan pertama dalam sejarah Euros meledak empat atau lebih gol ketika mengatasi Wales dalam pusingan 16.

Beraksi tanpa khidmat tonggak utama, Christian Eriksen, yang mengalami serangan jantung dalam aksi pembukaan bertemu Finland, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand, mengetahui setiap pemain menjadikan Eriksen sekali lagi sebagai pembakar semangat mereka.
"Christian adalah nadi pasukan," kata Hjulmand kepada wartawan semalam. "Kami akan bermain untuknya.
"Kami tidak akan takut, anda tidak boleh bermain bola sepak jika anda takut. Saya mahu pemain saya turun ke padang dengan rasa bebas, dengan keberanian, menunjukkan aksi yang terbaik."