Astro Malaysia teruja untuk mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024™ yang dinanti-nantikan akan disiarkan di dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran utama iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 (Saluran 809), serta disediakan di Astro GO, sooka dan NJOI.

Perlawanan UEFA EURO 2024™ dijalankan di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai 2024 dan semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk menyaksikan UEFA EURO 2024™ yang tiada tandingan bagi setiap detik menuju perlawanan akhir.

Liputan komprehensif Astro melalui liputan SPOTV merangkumi pelbagai tawaran termasuk perlawanan langsung, di mana peminat boleh menantikan rangkuman program menarik yang mengetengahkan perlawanan terbaik sebelum ini, jaringan gol dan ulasan permainan di sepanjang perlawanan.

Astro komited untuk menyediakan pengalaman menonton yang terbaik kepada semua peminat bola sepak kerana liputan komprehensif bermula di ruang tamu, meluas sehingga ke aplikasi mudah alih seperti Astro GO dan sooka. Ia dapat memastikan bahawa para pelanggan boleh menyaksikan aksi hebat perlawanan secara langsung pada bila-bila masa, di mana jua.

Cara untuk Menyaksikan UEFA EURO 2024™ Secara Langsung (Live Streaming)


Astro: Semua pelanggan Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk UEFA EURO 2024™ menerusi SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809). Pelanggan selain Sports Pack boleh melanggan Sports add-on pada harga RM42.99/bulan

sooka: Strim siaran langsung UEFA EURO 2024™ melalui SPOTV Stadia dan SPOTV2 di sooka dengan ‘EU Pass’ tambahan pada harga RM39.80* di kesemua peranti. Untuk menonton di televisyen, pelanggan perlu menaiktaraf ke langganan sooka Premium Plan. Maklumat lanjut di sooka.my

NJOI: Saluran-saluran UEFA EURO 2024™ iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809) akan disediakan menerusi Sports Mega Pack pada harga RM15*/hari atau RM47*/30hari, bermula 12 Jun 2024 hingga 15 Julai 2024. Muat turun My NJOI untuk langgan: Google Play Store | Apple App Store | Huawei App Gallery

Kesemua pelan langganan di sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan sifar komitmen.

Saksikan kemuncak bola sepak Eropah bersama di SPOTV untuk segala kejutan, aksi menyayat hati, kemeriahan jaringan yang bermain dengan emosi akan ditayangkan secara langsung kepada para pelanggan kami. SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809) akan disiarkan bermula 12 Jun 2024, dengan susunan program pra-perlawanan. Untuk pelanggan baharu Astro, saksikan kesemua aksi UEFA EURO 2024™ di SPOTV dengan Astro Baharu menerusi Sports Pack, hanya pada RM99.99/bulan*. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my
* Tidak Termasuk Cukai