Skip to main content

Olahraga

Ziyad Zolkefli sasar emas dalam GP Para Dunia di Maghribi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ziyad

Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, mensasarkan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Para Dunia yang diadakan di Rabat, Maghribi bermula 20 hingga 26 April ini.

Ziyad berkata dia hanya meletakkan sasaran balingan sejauh 16.5 meter (m) kerana masih berada dalam fasa pemulihan selepas baru pulang daripada Temasya Para ASEAN di Thailand.

Advertisement

"Walaupun ada persaingan yang mencabar. Saya sasar untuk melebarkan jarak.

"Jika dapat lebih daripada sasaran, itu adalah bonus untuk saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Bagaimanapun, jurulatihnya, Mohd Faizol Harun, melaungkan keyakinan jika pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu meneruskan konsistensi ketika sesi latihan, sekali gus mampu mencatatkan balingan melebihi 17m.

Jelasnya, Ziyad kini hanya perlu mengekalkan prestasi semasa untuk memastikan misi berjaya dicapai.

"Ziyad perlu memastikan kekuatannya tidak menurun. Paling penting, teknik harus ditambah baik," katanya.

Must Watch Video