Masa depan bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terus menjadi perhatian selepas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi bayangan bahawa keputusan untuk kembali ke pangkuan badan induk itu terletak pada pemain berkenaan.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Zii Jia kembali menyertai BAM, Presiden BAM memberikan jawapan ringkas tetapi cukup membuka ruang kepada pelbagai spekulasi.
“Terpulang kepada Zii Jia, kami mahu fokus kepada barisan perseorangan yang kita ada sekarang.”
Kenyataan tersebut sekali gus memperlihatkan BAM tidak mahu terlalu memikirkan kemungkinan Zii Jia kembali, sebaliknya memilih untuk memberikan tumpuan kepada barisan pemain perseorangan lelaki yang kini berada dalam program badan induk itu.
Zii Jia meninggalkan BAM pada 2022 untuk bergerak secara profesional, sekali gus menguruskan kariernya di luar struktur persatuan.
🚨Zii Jia ke BAM?
“Terpulang kepada Zii Jia, we want to focus on singles yang kita ada skrg” - Presiden BAM🏸🔥🔥🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/PoS9PE6lTo— Faizal Bazari (@faizalbazario) September 12, 2026
Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Weekend jam 7.15 malam ini.