Utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Paulo Zampolli, dilaporkan memberikan cadangan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) agar Itali menggantikan Iran di pusingan akhir Piala Dunia 2026.
Rancangan itu adalah bagi memperbaiki hubungan antara Trump dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni selepas bertelagah susulan serangan yang dilakukan Trump terhadap Pope Leo XIV mengenai perang Iran.
Advertisement
"Saya mengesahkan saya telah mencadangkan kepada Trump dan Gianni Infantino agar Itali menggantikan Iran di pentas Piala Dunia.
๐จ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐: Donald Trumpโs special envoy Paulo Zampolli proposed to Trump and Gianni Infantino that Italy replace Iran at the 2026 World Cup:
"Being of Italian origin, it would be a dream to see the Azzurri there. With four World Cups, they have the pedigree to justifyโฆ pic.twitter.com/nMQpzUj7Nwโ The Touchline | ๐ (@TouchlineX) April 22, 2026
"Saya berasal dari Itali, saya impian untuk melihat Azzurri di kejohanan yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat." kata Paulo Zampolli.
Terdahulu, Iran berkongsikan hanya akan memutuskan penyertaan pasukan dalam saingan bola sepak paling berprestij di dunia itu sebaik sahaja menerima maklum balas daripada FIFA mengenai penempatan semula perlawanan dari AS ke Mexico.