Generasi sekarang mungkin kenal Malaysia sebagai hab F1 menerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Tetapi tahukah anda, jauh sebelum itu, negara kita pernah menjadi kuasa besar dalam dunia rali antarabangsa?
Fakta pertama, International Rally of Johor sebenarnya bermula sejak akhir 1960-an, warisan daripada pengaruh British di Malaysia, dan menjadi sebahagian penting Kejuaraan Rali Asia-Pasifik (APRC) sejak penubuhannya pada 1988!
Fakta kedua, nama Karamjit Singh bukan calang-calang legenda. Dia memenangi International Rally of Johor pada 2001 sebelum menjadi juara Asia-Pasifik sebanyak tiga kali.
Detik paling dramatik dalam kerjayanya? Selepas kemenangannya di Safari Kenya 2002, pegawai FIA begitu sangsi sehingga kereta Proton miliknya distrip sepenuhnya sampai ke casis untuk pemeriksaan.
Mereka tidak percaya kereta Malaysia mampu menewaskan gergasi seperti Subaru dan Mitsubishi dan Karamjit membuktikan Proton benar-benar layak menang.
Pada 2011, Proton mencipta sejarah sebagai pembuat kereta pertama dalam sejarah APRC yang menyapu bersih kesemua lapan gelaran utama dalam satu musim, menerusi program Satria Neo S2000 bersama pemandu seperti Alister McRae adik kepada legenda WRC, Colin McRae.
Paling menarik, Proton pernah membina kereta World Rally Car sulit bernama Proton Putra pada akhir 1990-an, dibangunkan oleh Prodrive yang sama membina kereta Subaru WRC.
Malangnya, hanya dua unit dibina dan projek itu tidak pernah diteruskan malah Proton sendiri pernah menafikan kewujudan kereta ini.
Sejarah kaya seperti ini wajar dikongsi kepada generasi baharu peminat sukan motor.
Untuk lebih banyak kisah sukan tempatan yang jarang diketahui, boleh saksian filem
Terbang yang menemui peminat pada 17 September 2026.