Skip to main content

Badminton

Zakry Latif sedia bergandingan dengan Rosman Razak angkat beregu wanita negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zakry latif.

Gabungan strategi Zakry Latif dan Rosman Razak dilihat mampu mengukuhkan misi kebangkitan skuad badminton beregu wanita negara.

Kedua-dua jurulatih itu akan mula bekerjasama sebaik Zakry melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Rabu ini.

Advertisement

Zakry turut menyatakan hasrat jelas, mahu melahirkan sekurang-kurangnya satu lagi beregu wanita berkualiti tinggi untuk mengiringi Pearly Tan dan M. Thinaah ke Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, gabungan dua jurulatih itu diharap mampu mengangkat martabat badminton wanita negara ke tahap lebih tinggi.

"Saya dapat lihat ada beberapa gandingan yang berpotensi untuk cuba merapatkan jurang dengan Pearly dan Thinaah walaupun bukan dalam waktu yang singkat ini," kata Zakry kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Insya-Allah, dalam satu-dua tahun ini, kami akan mencuba untuk melakukan yang terbaik.

"Ada dua pasangan yang saya lihat semakin meningkat naik tetapi kematangan mereka perlu diasah lagi.

"Kerana mereka masih kurang pengalaman dan masih dalam proses, jadi tidak mustahil mereka akan meningkat pada masa akan datang.

"Ia adalah impian saya dan saya mahu kongsikan pengalaman saya untuk membantu jurulatih Rosman dan jurulatih Rexy (Mainaky) agar sekurang-kurangnya kita ada satu lagi gandingan, selain Pearly dan Thinaah, layak ke Sukan Olimpik."

 

Must Watch Video