Menjelang persiapan akhir menuju Sukan SEA Thailand 2025, fokus ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tertumpu dalam memastikan aspek kecergasan berada di tahap optimum serta bebas kecederaan sebelum berangkat ke Bangkok.
Dia turut mengakui faktor usia memerlukan dia berusaha lebih lagi, namun Zaidatul yang lebih mesra disapa dengan panggilan adik itu mengidamkan mampu memperbaharui catatan 11.65s (saat) yang merupakan rekod terbaiknya bagi acara 100 meter musim ini.
Advertisement
Zaidatul turut diberikan kepercayaan membarisi kuartet 4x100 meter negara.
"Semestinya mahu elakkan kecederaan kerana kejohanan sudah dekat, jadi itu perkara yang paling penting.
"Saya tahu faktor usia saya dan semestinya pemulihan akan mengambil masa lebih lama daripada atlet muda.
"Saya harap dapat lakukan lebih baik, saya tidak mahu letak harapan tinggi kerana jika gagal akan mendatangkan kekecewaan." katannya.