Skip to main content

Bola Sepak

Yuran RM50,000 dikenakan FAM amalan biasa -- Pakar

pekan ramli

Bayaran sebanyak RM50,000 yang dikenakan kepada ahli gabungan baharu untuk menyertai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan sebagai amalan biasa.

Langkah itu diambil bagi memastikan setiap ahli benar-benar komited terhadap pembangunan bola sepak negara.

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli, berkata syarat berkenaan bukan bertujuan menyekat penyertaan mana-mana pihak, sebaliknya menjadi mekanisme untuk memastikan ahli gabungan mempunyai kesungguhan dalam menyokong badan induk berkenaan.

"Ketika ini konsepnya, kebanyakan kelab tidak menjadi ahli gabungan secara langsung kepada FAM, mereka merupakan ahli gabungan kepada (persatuan) negeri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Sedangkan mereka yang bermain dalam Liga Super, jadi memang patut mereka berada di sana kerana banyak perkara yang boleh menjadi kelebihan apabila menjadi ahli gabungan secara langsung kepada FAM.

"Yurannya nampak RM50,000 tetapi yuran itu boleh membantu urus tadbir FAM dan dalam masa sama akan ada ikatan yang kuat kerana ia seperti yuran komitmen mereka kepada FAM, seperti menjaga nama baik FAM dan mendapat hak mengundi."

Pekan berkata demikian bagi mengulas syarat kemasukan ahli gabungan baharu menjelang Kongres Pemilihan FAM pada September ini.

Berdasarkan pindaan Statut FAM 2026, mana-mana ahli gabungan baharu yang ingin menyertai FAM perlu memenuhi syarat kemasukan, termasuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM50,000.

Kadar itu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada struktur keahlian baharu yang telah diluluskan dalam Kongres Luar Biasa FAM bulan lalu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video