Dua pelumba muda berbasikal trek wanita negara, Sawda Hasbullah dan Nur Umairah Qhaisara Zulfikha masing-masing mahu jadikan persaingan sihat sebagai pencetus prestasi terbaik di YSD International Track Series 2026.
Berbaki tiga hari sebelum tirai kejohanan itu membuka tirai di Velodrom Nasional, Nilai bagi pusingan pertama hingga ketiga, fokus Latihan kini menekankan aspek pelaksanaan taktikal perlumbaan.
Advertisement
Selain untuk memperbaharui rekod peribadi, sasaran berada di kedudukan podium diletakkan jurulatih buat kedua-dua pelumba yang kini berada di ranking 10 terbaik dunia dalam acara pecut.
"Saya punya persediaan agak berbeza berbanding sebelum ini, kerana sedang sasarkan ke Kejohanan Remaja Dunia.
"Jadi sekarang bukan berada dalam keadaan terbaik, tetapi saya akan cuba raih pingat dalam semua kejohanan. Minggu depan akan kembali okay sebab sudah jalani pemulihan daripada latihan sebelum ini, sasaran saya tiga emas." kata Sawda Hasbullah.
"Latihan semakin baik, saya sasarkan pingat emas dalam keirin, saya cuba taktik baru." tambah Umairah.