18 legenda sukan negara berhimpun dalam program legasi atlet Selangor sempena Hari Malaysia Ke-63.
Pengerusi Yayasan Pemerkasaan Pendidikan dan Kemahiran (YPPK), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berkata program ini memberikan peluang kepada orang ramai mendekati barisan atlet legenda negara.
Antara pengisian utama program adalah pameran dan jualan produk bekas atlet, pelepasan flag off jelajah road show ke sembilan daerah Selangor serta pendaftaran bekas atlet negeri Selangor di setiap daerah.
"Yang lebih menarik lagi, melalui program ini YPPK akan mendaftarkan bekas atlet dari Selangor sahaja, dari peringkat Sukma (Sukan Malaysia) hinggalah kebangsaan.
"YPPK juga mahu menjaga atlet-atlet di peringkat negeri," katanya.