Skip to main content

Badminton

Yogendran teruja bergandingan dengan bekas seteru di BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Yogendran

Jurulatih perseorangan lelaki skuad badminton negara, K. Yogendran, teruja diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pakar dari Indonesia, Harry Hartono, bagi memperkukuhkan lanskap kem kebangsaan.

Apa yang menariknya, daripada seteru di atas gelanggang, mereka kini akan bergandingan sebagai jurulatih skuad kebangsaan dan gandingan pakar dari dua negara berkenaan dijangka mampu menghadirkan sesuatu yang menarik buat pemain negara.

Advertisement

"Selalunya kami berseteru, selalunya dia berada di depan saya sebagai musuh, tapi sekarang, saya teruja kami dapat bekerjasama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"kerana dia juga ada banyak pengalaman dalam bidang ini, jadi saya harap saya dan dia dapat bekerjasama dan berkongsi pengalaman untuk menghasilkan strategi terbaik buat pemain.

"Isu terbesar buat mereka (pemain) ketika ini adalah emosi, di mana keinginan mereka untuk menang terlalu tinggi.

"Ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikannya adalah mereka sememangnya ada kemahuan untuk menang tetapi daripada segi keburukan, mereka akan terlalu cepat untuk menamatkan mata dan permainan. Mereka akan cepat kecewa dan jadi kaku di atas gelanggang.

"Jadi, masalah itulah yang akan kami segera selesaikan."

Yogendran akan berlepas ke Tsingtao, China bagi membantu pemain negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) bermula Selasa ini.

 

Must Watch Video