Seramai tujuh bekas atlet kebangsaan diraikan dalam Program Prihatin Atlet anjuran fakulti sains sukan dan rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Ikhlas.com serta sokongan Majlis Agama Islam Selangor.
Inisiatif tersebut menyaksikan mereka dipilih untuk menunaikan ibadah Umrah 26 Julai ini sebagai tanda penghormatan di atas pengorbanan serta sumbangan dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan antarabangsa.
Tujuh bekas atlet yang diraikan termasuk bekas pemain Harimau Malaya, Assrof Mohd Hanafiah, dan bekas pelumba motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh.
"Ini merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada bekas atlet negara, saya berharap usaha ini dapat teruskan bagi masa akan datang.
"Sokongan daripada pihak UiTM, Ikhlas .com serta MAIS amat kami alu-alukan."
Habibullah berkongsi, "Sumbangan ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya berharap dengan langkah saya menunaikan ibadah Umrah.
"Terima kasih atas sumbangan ini dan saya mendoakan semoga Allah membalas budi atas jasa ini."