Penyerang utama Vietnam, Nguyen Xuan Son, bertandang ke Malaysia dengan misi besar apabila mengetuai pasukannya, Nam Dinh, bertemu Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di Petaling Jaya esok.
Menerusi perkongsian di Instagram, tonggak naturalisasi kelahiran Brazil itu sempat berkunjung ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) untuk melihat pemandangan dan suasana lokasi tarikan pengunjung itu dua hari sebelum aksi getir kejohanan serantau tersebut.
Advertisement
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kedua-dua kelab menyertai edisi kedua Piala Shopee dan berjaya mara ke separuh akhir.
Mampukah Gergasi Merah menggunakan kelebihan di tempat sendiri selaku bekalan selesa menuju aksi timbal balik kedua nanti?