Skip to main content

Permotoran

WSBK: Lecuona kecewa dengan Ducati Panigale V4 R

WSBK: Lecuona kecewa dengan Ducati Panigale V4 R

Pendatang baharu dunia perlumbaan Superbike Dunia (WSBK) Iker Lecuona menyifatkan prestasi terhadap jenteranya Ducati Panigale V4 R adalah yang terburuk selepas mengharungi perlumbaan 2 di Litar Phillip Island, Australia.

Dalam aksi perlumbaan itu, pelumba tersebut sekadar mampu menamatkan saingan di tempat kelapan selepas mengharungi beberapa fasa pengubahsuaian bagi meningkatkan prestasi jentera tersebut.

Advertisement

Jelas keputusan itu tidak menggembirakan beliau yang berpendapat prestasi V4 R seharusnya lebih baik daripada apa yang dicatatkan ketika ini.

"Secara jujurnya saya sangat kecewa (dengan prestasi jentera), tak perlulah cakap pasal tempat ke berapa saya tamatkan perlumbaan. Saya bersaing dengan Petrucci dan Oliviera semasa perlumbaan dan apa yang boleh saya katakan ia sangat mengecewakan." Jelasnya yang ditemui media selepas perlumbaan tersebut.

Menurutnya jenteranya itu terlalu sukar untuk ditunggang dan tidak seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Namun beliau tidak menyalahkan pasukanya itu ketika ini sebaliknya mahu mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut.

Topik Berkaitan

Must Watch Video