Atlet Amerika Syarikat (AS), Kate Douglass, memecahkan rekod dunia milik juara Sukan Olimpik tiga kali, Sarah Sjostrom, dalam acara renang gaya bebas wanita 50 meter (m) dalam Siri Renang Pro AS di Indianapolis, semalam.
Atlet berusia 24 tahun itu yang memenangi pingat emas kuak dada 200m dalam Sukan Olimpik Paris 2024, mencatatkan masa 23.59 saat (s) untuk mengatasi catatan Sjostrom (23.61s) sejak Kejohanan Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
KATE, ARE YOU SERIOUS?!
She just set a new WORLD RECORD in the 50m free at the TYR Pro Swim Series - Indianapolis with a blazing time of 23.59. 🤯#OmegaOfficialTimeKeeper pic.twitter.com/NtpJuBOm8d— USA Swimming (@USASwimming) June 19, 2026
"Saya masih terkejut, saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan," kata Douglass.