Skip to main content

Advertisement

Maraton

World Athletics rancang asingkan acara maraton daripada kejohanan Olahraga Dunia

MARATON

World Athletics kini dalam perancangan untuk mengasingkan penganjuran acara maraton daripada kejohanan Olahraga Dunia bermula 2030 dengan bandaraya Athens di Greece berkemungkinan jadi tuan rumah.

Seperti kebiasaan, acara maraton sering diadakan di dalam jadual Kejohanan Dunia namun ianya tidak lagi bermula 2030 dengan acara tersebut bakal diadakan secara berasingan.

Advertisement

Menurut Presiden WA, Lord Sebastian Coe, pihaknya kini cukup teruja dengan cadangan ini dan bersedia untuk merealisasikan perancangan ini demi memberikan keterujaan buat sukan yang terus mendapat perhatian ramai.

Tambahnya lagi, peluang ini mampu merancakkan saingan maraton selain mahu meningkatkan semangat kesukanan luar biasa di dalam komuniti sukan ini.

Sukan ini kekal berada dalam penganjuran Kejohanan Dunia edisi 2027 dan 2029 namun bermula 2031 - sukan maraton bakal dipertandingkan secara berasingan.

Topik Berkaitan

Must Watch Video