Skip to main content

Sukan Lain

WDSF Malaysia Open Dancesport: Charisse bukti kemampuan dengan tiga emas

dance

Mendapat tentangan daripada orang sekeliling menjadi antara cabaran yang dihadapi atlet dancesport, Charisse Koay Zi-Yue, dalam meneruskan kerjayanya.

Bagaimanapun, dia tetap berdiri teguh dengan keputusannya dan ingin membuktikan bahawa segala kata negatif yang dilontarkan itu tidak benar.

Meskipun diberi tekanan yang kuat untuk berhenti, tiada siapa boleh menyangkal kesungguhan dipamerkan Charisse dalam sukan yang dipilihnya itu dan sebagai ganjaran, dia memenangi tiga pingat emas dalam Kejohanan WDSF Malaysia Open DanceSport di Shah Alam hari ini, masing-masing menerusi acara Junior II Newcomer Cha Cha, Rumba dan Jive.

Charisse juga memasang impian besar untuk bersama kontinjen dancesport dalam Sukan SEA Malaysia 2027.

"Ibu sentiasa mendorong saya untuk gigih berlatih dan menceburi tarian latin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya menyertai kejohanan sama tahun lalu tetapi saya melakukannya dengan amat buruk.

"Tetapi tahun ini, saya berlatih dengan gigih dan tidak pernah mengaku kalah untuk akhirnya memenangi tiga emas.

"Satu hari nanti, mungkin saya akan beraksi dalam Sukan SEA."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video