Skip to main content

Sukan Lain

WDSF Malaysia Open Dancesport Championship: Elsa cekal ke final di sebalik ibu hidap barah tahap tiga

sss

Meskipun terpaksa berdepan ujian getir apabila ibunya bergelut dengan barah tahap tiga, namun kecekalan Elsa Lim menjadi bualan ramai apabila dia tetap mengambil bahagian dalam WDSF Malaysia Open Dancesport Championship 2026.

Biarpun raut wajahnya nampak tenang, namun hanya tuhan yang mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran penari negara ini.

Dia berperang dengan emosi tetapi perlu segera berpijak di bumi nyata bahawa fokus dan konsistensinya ditagih bagi memastikan misi pasukan negara tercapai.

Dua tahun lalu, Elsa menerima perkhabaran mengejutkan apabila ibunya disahkan menghidap barah payu dara tahap tiga dan sejak itu kehidupannya mula berubah.

Bukan sahaja berdepan cabaran dalam menjalani latihan kerana terpaksa menemani ibunya di hospital, malah keluarganya turut berdepan masalah daripada segi kos rawatan hinggalah melibatkan segala perbelanjaan seisi keluarga.

Elsa hampir berputus asa selain pernah terlintas untuk menamatkan karier tariannya.

Tetapi sokongan daripada semua pihak khususnya jurulatih, ibu bapa dan warga Akademi Tarian My Dancesport Academy membuatkan menguatkan tekadnya.

Elsa mula mengumpul kekuatan -- enggan menjadikan dugaan yang hadir dalam kehidupannya ini sebagai halangan --  sebaliknya dia makin cekal meneruskan latihan dan ingin membuktikan kewibawaannya dalam sukan tersebut bakal memberikan hasil lumayan.

"Pada awalnya saya mahu bersara terus tetapi ramai ibu bapa yang membantu saya untuk terus mengikuti kelas tarian.

"Ketika dalam persembahan, saya tidak memikirkan soal rawatan ibu sebaliknya kenangkan saat-saat manis kami bersama.

"Macam mana pun, saya tetap merinduinya apabila ibu tidak pulang selama beberapa hari," katanya.

Dalam Kejohanan WDSF Malaysia Open Dancesport Championship, Elsa ke final acara newcomer junior 1 dan 2 latin dan standard yang diadakan di I-City, Shah Alam hari ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video