Tabloid masih lagi dibanjiri masalah yang dialami keluarga Beckham iaitu perselisihan di antara David dan Victoria bersama anak sulung mereka Brookyn Beckham dan isterinya Nicola Peltz.
Pihak media di US dan UK pantas berusaha untuk “korek info” daripada mereka yang berkait rapat dengan keluarga Beckham - termasuklah penyanyi Latin Marc Anthony, keluarga Hadid (Nicola pernah bercinta dengan adik supermodel Gigi dan Bella iaitu Anwar Hadid) tak lupa juga rakan seindustri David Beckham iaitu legenda Manchester United, Wayne Rooney.
Advertisement
Benar belakakah 'perangai' Victoria seperti yang digemparkan oleh pihak media?
Kata Rooney, di sebalik kamera dan perhatian dunia, Victoria sebenarnya seorang yang kelakar dan tidak serius walaupun personanya kelihatan sombong.
Kata Rooney lagi, dia pernah melawat rumah keluarga Beckham semasa usianya baru 19 tahun, dan ketika itu dia membuka pintu dan secara tidak sengaja terlanggar Brooklyn yang pada waktu itu masih kecil. Victoria tidak melatah kerana faham ianya tidak sengaja, dan terus melayan Rooney sebagai tetamu rumah dengan baik.
Harap-harap perselisihan di antara ibubapa dan anak serta menantu ini selesai dengan cara baik. Dah rasa macam tengok drama di aplikasi Sooka dah.