Pengarang Urusan Berita dan Digital Astro Arena, Bazly Azmi, mengimbau kembali perjalanannya, yang hampir 20 tahun dalam bidang kewartawanan dan penyiaran sukan.
Advertisement
Selepas empat tahun bersama majikan lamanya, Bazly menyertai Astro Arena pada 2010.
Bermula sebagai wartawan, sehingga ke wartawan kanan dan kini bertindak sebagai orang nombor satu Nadi Arena, individu berusia 41 tahun itu merintis naik-turun badai dunia sukan tanah air demi kecintaannya terhadap laluan hidup yang pilihannya itu.
"2010 saya meninggalkan Harian Metro ketika sedang berada di puncak untuk belajar ilmu penyiaran sukan di Astro Arena," coretnya dalam satu hantaran media sosial.
"Banyak cabaran tapi saya tempuh juga dan dalam perjalanan itu, banyak pengalaman, ilmu dan penghargaan diraih.
"Daripada tugasan luara negara pertama di Dalian, China pada 2010 sehingga tugasan terakhir saya di Jakarta, Indonesia pada 2022, kedua-duanya liputan hoki.
"Realitinya, saya suka dgn cabaran membuat liputan hoki, olahraga, berbasikal, memanah, terjun dan karate.
"Mungkin kerana terbabit secara langsung sejak remaja, jadi mudah untuk saya bersembang bahasa sukan yang saya faham.
"Kini perjuangan diteruskan dengan cara berbeza. November depan bermakna 20 tahun saya bergelar wartawan sukan. Bagi saya, ini pekerjaan terbaik di dunia."