Skip to main content

Bola Sepak

Wartawan antarabangsa persoal pencalonan FAM selepas skandal tujuh pemain naturalisasi

DFD
Advertisement

Wartawan antarabangsa, Romain Molina, baru-baru ini mempersoalkan keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan pencalonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam anugerah tahunan badan induk itu.

Dalam satu kenyataan, Molina berkata: "AFC melucukan: bagaimana FAM boleh dicalonkan sebagai Persatuan Terbaik Tahun ini, sedangkan pada 2025 mereka didapati bersalah memalsukan kewarganegaraan tujuh orang pemain?

Advertisement

"Nampaknya seolah-olah rasuah dan salah laku digalakkan." kongsinya dalam satu kenyataan di laman X.

Terdahulu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan disiplin terhadap FAM dan tujuh pemain warisan selepas didakwa berlaku pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan pemain untuk mewakili Malaysia.

Advertisement

 

 

 

 

Tindakan tersebut membawa kepada beberapa hukuman utama:

1) FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta)
2) Setiap pemain didenda CHF2,000
3) Tujuh pemain digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Kes itu tercetus selepas aduan dibuat berhubung dokumen yang digunakan bagi mengesahkan kelayakan pemain warisan untuk beraksi dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam, yang dimenangi Malaysia 4-0.

Malah, panel Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan untuk melonggarkan hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain berkenaan, namun pada masa sama mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh Football Association of Malaysia (FAM).

Begitupun, difahamkan antara faktor pemilihan FAM sebagai calon itu adalah susulan program pembangunan akar umbi, penganjuran liga remaja dan keupayaan daripada segi pengurusan sesebuah acara atau program yang dijalankan badan induk bola sepak negara itu sekali gus berada di landasan tepat untuk untuk dicalonkan.

Turut tercalon dan akan bersaing degan FAM adalah Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persatuan Bolasepak Hong Kong (HKFA) dalam kategori sama.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video