Skip to main content

Sukan Lain

Warga Astro Arena lengkapkan cabaran BOPC Anytime Fitness!

ffd
Advertisement

KEKAL aktif dan cergas sekalipun sibuk dengan tugasan!

Dua pasukan diketuai selebriti daripada Astro Arena menyertai Battle of the Purple Champions (BOPC) anjuran Anytime Fitness yang julung kali diadakan di Malaysia pada Sabtu.

Advertisement

Team Anak Johor dianggotai kapten bola jaring negara yang juga penyampai Nadi Arena, Nur Fariha Razak, penerbit Nadira Abdul Hamid dan Radzi Abdul Hamid serta penerbit stadiumastro.com, Rizal Hashim, manakala pengulas veteran, Zainal Abidin Rawop, serta dua penyampai Nadi Arena, Nevaashan Ganeson dan Suzana Basri, serta penerbit Famizal Daud membentuk pasukan Deep Purple Reds.

Peserta dikehendaki melengkapkan cabaran di empat stesen berbeza - Moving Day, Sandbag Shuffle, Bike Race dan Champion’s Climb yang direka berteraskan pergerakan harian yang menuntut kekuatan mengangkat perabot atau barangan dapur atau menaiki tangga tanpa cepat tercungap-cungap.

Advertisement

BOPC dibuka secara meluas kepada semua golongan, sama ada ahli sedia ada, orang awam, individu yang baru kali pertama mahu mencuba aktiviti di gim, pengamal media mahupun peminat tegar sukan kecergasan.

 

TEAM ANAK JOHOR

 

Untuk stesen pertama Moving Day, pasukan dikehendaki menyusun semula kedudukan  perabot mengikut susun atur yang tepat secara berkumpulan. Cabaran dianggap selesai apabila semua perabot ditempatkan pada kedudukan yang betul.

Bagi stesen Sandbag Shuffle, pasukan perlu bekerjasama untuk mengangkut sejumlah 200kg beg pasir dari titik permulaan dan memasukkannya ke dalam tangki tarque. Setelah semua beg pasir dimuatkan, tangki tarque ditolak semula ke titik pemulangan yang ditetapkan, sebelum semua beg pasir dikeluarkan untuk melengkapkan stesen ini. Cabaran ini menuntut strategi dan kerjasama sepasukan.

Bagi Bike Race, setiap ahli pasukan perlu mengayuh basikal sejauh keseluruhan 2km seorang, sambil bekerjasama untuk mengekalkan kelajuan dan momentum sepanjang cabaran.

Di stesen terakhir Champion’s Climb, setiap ahli pasukan dikehendaki membawa kettlebell sepanjang laluan yang ditetapkan, sambil menaiki dan menuruni platform. Peserta wanita membawa 2 unit kettlebell seberat 8kg setiap satu, manakala peserta lelaki membawa 2 unit kettlebell seberat 12kg setiap satu. Setiap ahli pasukan dikehendaki melengkapkan keseluruhan laluan sebelum stesen dianggap selesai.

Team Anak Johor melengkapkan cabaran dalam masa 4:42.940 minit, menduduki tangga ke-13 secara keseluruhan, manakala Deep Purple Reds mencatat masa 5:03.580 minit di tangga ke-37. Sebanyak 100 pasukan, termasuk kumpulan jurulatih kecergasan, menyertai BOPC.

Sebagai atlet kebangsaan, Fariha mengagumi komitmen rakan-rakan Astro Arena sambil mengucapkan terima kasih kepada Anytime Fitness atas pelawaan menggunakan gim untuk tempoh dari September hingga hujung tahun.

 

DEEP PURPLE REDS



“Saya tabik rakan-rakan yang menunjukkan komitmen tinggi dengan menjalani latihan di luar waktu kerja,” kata Fariha.

Suzana pula menganggap persiapan menuju BOPC dengan beberapa sesi latihan di tiga cawangan berbeza Anytime Fitness memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakan-rakan sekerja.

“Walaupun cabaran BOPC sudahpun selesai, kami bercadang meneruskan sesi latihan di gimnasium sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai usaha mengekalkan kecergasan,” kata Suzana yang juga seorang jurulatih kecergasan bertauliah.

Nevaashan yang kebetulan memiliki keahlian AF selain menjadi duta gimnasium itu, menggesa rakan-rakan pengamal media berusaha mengekalkan kesihatan sesibuk mana sekalipun.

“Kami ucap terima kasih kepada Anytime Fitness atas peluang ini," katanya.

Zainal Abidin pula mensyukuri peluang untuk menjaga kecergasan dalam meniti usia.

“Saya harap rakan-rakan juga direzekikan dengan kesihatan dan engambil kesempatan untuk mengekalkan kecergasan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video