Skip to main content

Bola Sepak

Wan Kuzain terbuka sertai kelab Liga Malaysia

kuzain

Pemain tengah yang berpangkalan di luar negara, Wan Kuzain Wan Kamal, mendedahkan pernah didekati kelab Liga Malaysia sebelum ini tetapi memilih untuk meneruskan kariernya di Amerika Syarikat kerana berasakan ia adalah laluan terbaiknya pada ketika itu.

Kini, pemain yang beraksi bersama Sporting Jax dalam saingan USL Championship itu sedia membuka ruang untuk beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya menerima tawaran baik sambil menegaskan dia sentiasa bersikap terbuka terhadap peluang baharu dalam karier profesionalnya.

Kesediaan Wan Kuzain beraksi dalam Liga Malaysia boleh dilihat sebagai perkembangan menarik, lebih-lebih lagi selepas Negeri Sembilan sebelum ini memberi bayangan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Minat itu dilihat bukan tanpa asas memandangkan skuad Hobin Jang Hobin itu terlebih dahulu membawa masuk adiknya, Wan Kuzri, yang kini menjadi sebahagian daripada perancangan kelab itu bagi mengharungi Liga Super.

Sekiranya tawaran yang sesuai hadir pada masa depan, tidak mustahil peminat akan menyaksikan gandingan adik-beradik Wan Kuzain dan Wan Kuzri beraksi dalam Liga Malaysia.

Apa pun, pemain berusia 28 tahun itu menegaskan fokus utamanya adalah untuk terus memberikan persembahan terbaik bersama kelabnya di Amerika Syarikat dan skuad kebangsaan, yang sedang mengharungi kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 ketika ini.

"Kita tidak tahu, pada akhirnya, ia bola sepak dan karier anda amat pendek," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Ketika ini, saya gembira di Amerika, sudah 10 tahun saya di sana. Karier 10 tahun yang cukup bagus setakat ini.

"Siapa tahu saya mahu mencuba sesuatu yang baru, jadi saya agak terbuka.

"Adik saya banyak bercakap perkara-perkara bagus (mengenai Liga Malaysia) dan mana tahu kami boleh beraksi bersama di sini nanti."



 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video