Skip to main content

Bola Sepak

Wan Kuzain antara lapan tidak disambung kontrak oleh kelab Amerika Syarikat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Wan Kuzain

Pemain berdarah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, menjadi antara lapan pemain tidak dilanjutkan kontrak oleh kelab MLS Next Pro, St Louis City 2.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Advertisement

"St Louis CITY2 mengumumkan keputusan senarai pemain akhir menjelang musim MLS NEXT Pro 2026," kata kenyataan itu.

"Lapan pemain tamat kontrak: Dida Armstrong, Ryan Becher, Cam Cilley, Lucas Demitra, Larsen Hackworth, Matteo Kidd, Wan Kuzain dan Gabriel Mikina."

Sebagai rekod, Wan Kuzain, 27, mewakili kelab itu sebanyak 23 kali sepanjang musim ini dan menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan.

Dia menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Jack Hackworth, untuk mengemudi jentera tengah pasukan itu biarpun dipalit kecederaan jangka panjang hampir separuh musim.

 

Must Watch Video