Skip to main content

Sukan Lain

Walaupun jatuh, perlu bangkit semula -- YAKEB tulang belakang Shanmuganathan hadapi krisis kewangan, masalah kesihatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shan

Peranan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) terus menjadi tulang belakang dalam menjaga kebajikan bekas atlet negara, tatkala mereka berdepan krisis kewangan dan masalah kesihatan selepas bersara dari kancah sukan.

antara kisah yang mencerminkan peranan tersebut ialah pengalaman bekas atlet olahraga negara, n-shanmuga-nathan yang pernah ditimpa kemalangan serius sehingga menyebabkan koma.

Advertisement

 

 


"Pada 2015 saya 12 hari koma, dan Kembali normal semula hampir satu tahun. YAKEB banyak membantu, ketika ini juga walaupun saya sebagai jurulatih sampingan Pulau Pinang, YAKEB masih memberikan sokongan untuk saya Kembali bangkit," kata bekas atlet kebangsaa, N.Shanmuganathan.


Dalam pada itu, YAKEB tampil menghulurkan bantuan tanpa mengabaikan kebajikannya, sekali gus memastikan bekas jaguh  yang pernah menyumbang kepada negara tidak dibiarkan bergelut sendirian.

Namun, bagi Shanmuganathan sendiri, atlet tidak seharusnya bergantung sepenuhnya menantikan bantuan, malahan setiap atlet itu perlu berusaha untuk membantu dirinya

"Saya tidak boleh berharap YAKEB sentiasa bantu, saya perlu cari jalan sebagai seorang atlet negara. Setiap kali kalah juga perlu bangkit semula.

"Walaupun jatuh, tetapi kita kena berusaha." tambahnya.

Must Watch Video