Skip to main content

Maraton

Wai Ching buktikan misi raih catatan masa bawah lapan saat 'tidak mustahil'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wai ching

Juara Kuala Lumpur (KL) Tower Run 2025, Soh Wai Ching, enggan berpuas hati meskipun bergelar juara susulan sasarannya untuk mencatat rekod bawah lapan minit masih belum menjadi kenyataan.

Wai Ching turut berkongsikan dia melakukan larian itu sekali lagi tiga hari selepas acara berlangsung dan meraih rekod 7.58s selain menjelaskan bahawa catatan itu sebagai 'tidak mustahil'.

Advertisement

"Sasaran nak capai bawah lapan minit tetapi meraih 8.11s, ada sedikit kekecewaan walaupun menang. Mungkin keadaan tidak optimum kerana apabila tiba rasa belum bersedia dan kurang rehat.

"Lagipun ada anak jadi ada cabaran, mungkin tahun tahun dapat capai bawah lapan minit. Rahsia perlu percaya diri dan buat terbaik.

"Selepas tiga hari saya dapat kebenaran untuk buat sekali lagi secara persendirian dan raih catatan 7.58s. Jadi, saya sudah Berjaya buktikan bawah lapan minit itu tidak mustahil." katanya.

Kemenangan itu menyaksikan dia mencipta sensasi dan merampas semula gelaran juara dalam KL Tower Run daripada pelari Poland, Piotr Lobodzinski.

Topik Berkaitan

Must Watch Video