Malaysia masih mencari jalan untuk merampas semula takhta Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2026 selepas hari ketiga yang menyaksikan Thailand dan China kedudukan teratas di Desaru, Johor.
Menerusi kelibat Nuralif Zahari, Azhari Yusof, Jeffrey Loh, Ahmad Hakim dan Cheah Chin Lye, Malaysia menetapkan sasaran wajib, namum nampaknya situasi itu tidak cukup untuk membantu Malaysia kembali ke kedudukan asal.
Malaysia mencatat 1,126 nett pada hari keempat untuk mengekalkan kedudukan ketiga yang dihuni sejak hari ketiga kejohanan.
China terus memdominasi keadaan dengan menge-palai kutipan mata dalam saingan di kelab golf the 'els' dengan 1,097 nett manakala Thailand 1,118 nett.
"Setiap lapangan di sini menawarkan cabaran yang berbeza.
"Jadi pencabar lain mungkin menyerlah dalam pusingan pertama disebabkan situasi mereka yang lebih sesuai," kata Jeffrey.
Membuat penampilan pertama di pentas WAGC, Jeffrey mengharapkan masih ada ruang untuk Malaysia perbaiki kedudukan menjelang saingan hari terakhir pada esok.
"Kami akan cuba kejar tempat teratas. Sudah beberapa tahun Malaysia menang jadi saya juga berharap untuk merangkul gelaran ini," katanya lagi.